My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 2 May 2018

    Nyawa Pun Boleh Melayang Jika Terpengaruh Dengan Berita Palsu




    Sudah banyak contoh ditunjukkan di seluruh dunia tentang bagaimana bahayanya berita palsu yang tidak diketahui dari mana datangnya. Bukan sedikit nyawa yang sudah melayang akibat mempercayai berita palsu. Malah, sudah ada negara yang sudah hancur hanya disebabkan oleh berita palsu.

    Lihat sahaja bagaimana penderitaan warga Iraq, Syria dan Libya hanya disebabkan oleh deretan berita palsu yang hari ini menyaksikan negara-negara berkenaan, hancur begitu sahaja. Paling teruk terjejas adalah Iraq yang satu ketika dahulu cukup maju di kalangan negara-negara Arab yang lain.

    Hanya disebabkan berita kononnya Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran, negara berkenaan di ganyang semahunya oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dan pemimpin utamanya, Allahyarham Saddam Hussien, di gantung sampai mati. Bukankah ini contoh paling baik buat rakyat negara ini supaya menghidari berita palsu sebegini?

    Seperti yang pernah diperkatakan oleh Ketua Penerangan UMNO yang juga calon BN untuk kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, semua pihak terutamanya pengundi diseru supaya menghindari penularan berita-berita palsu terutamanya dalam keadaan negara sekarang yang sedang berada dalam tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke 14.

     Sudah tentu, di pihak pembangkang, mereka akan mempergunakan apa jua cara termasuk menyebarkan deretan berita palsu hanya semata-mata untuk mempengaruhi pengundi. Malah, mereka juga tidak teragak-agak untuk memfitnah barisan kepimpinan BN demi untuk meraih undi. Inilah yang perlu dielakkan oleh pengundi ketika ini.

    Benar, dunia kini hanya dihujung jari yang mana segala maklumat mudah diperolehi hanya dengan melayari internet. Namun, ianya banyak bergantung kepada niat seseorang samada mereka mencari perkara yang sebenar atau merelakan diri mereka diperbodohkan dengan dakyah berita palsu yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

    Negara hari ini mempunyai banyak saluran mmedia yang menyampaikan berita yang benar. Namun, jika ada yang memilih untuk mempercayai khabr angin atau berita palsu, perlulah diingatkan bahawa, sudah terlalu banyak contoh di dunia ini yang menunjukkan hasil daripada mempercayai berita palsu untuk dijadikan pegangan.

    Malah, apa yang paling dibimbangkan adalah, mereka yang terpengaruh dengan berita palsu ini bertindak menyebarkan berita berkenaan kedalam laman sosial milik mereka. Bukankah itu merupakan satu cara menyambung fitnah dan menyebarkan berita tidak benar?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nyawa Pun Boleh Melayang Jika Terpengaruh Dengan Berita Palsu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top