Pihak pengurusan Bank St. Galler Kantonal (SGKB) di sini melakukan satu transformasi dengan menggantikan tugas tujuh orang pekerjanya dengan lima unit robot yang dikatakan boleh membantu mempercepatkan aliran kerja dengan lebih efektif.
Pengurus besar SGKB, Felix Buschor berkata, projek perintis yang dilaksanakan oleh syarikatnya itu membolehkan robot tersebut melaksanakan tugasan seperti pekerja manusia namun, boleh bekerja sehingga 24 jam seminggu tanpa henti sekali gus meningkatkan produktiviti.
“Para pekerja juga risau akan kehilangan pekerjaan apabila robot mengambil alih tugas mereka. Bagaimanapun, pekerja tidak perlu risau kerana kini mereka boleh bekerja bersama teknologi baharu,” katanya.
Tambahnya, ujian terhadap robot tersebut telah dijalankan pada tahun lepas pihak SGKB juga berhasrat untuk mengambil lebih banyak robot pada akhir bulan ini. Menurut satu laporan, sebanyak 800 juta pekerja dalam pelbagai sektor bakal digantikan dengan robot dalam tempoh 13 tahun.
0 comments:
Post a Comment