Bagi seluruh rakyat di dunia hari ini, kebajikan dan keselamatan sentiasa mereka tuntut kepada pihak kerajaan tanpa mengira apa jua fahaman politik. Bagi kerajaan yang sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat, aspek ini sentiasa diberi perhatian utama walaupun ada ketikanya, kerajaan terpaksa berhadapan dengan kelembapan ekonomi yang cukup menekan.
Di Malaysia hari ini, aspek kesihatan dan perkhidmatan perubatan sentiasa diutamakan. Hari ini, jika dibuat perbandingan di seluruh dunia, perkhidmatan kesihatan negara ini adalah yang terbaik di dunia dimana cas perubatan juga adalah yang termurah. Dengan hanya membayar RM 1, pemeriksaan kesihatan sehingga perubatan boleh didapati selagi pesakit itu memegang kad pengenalan Malaysia.
Malah, perkhidmatan ambulan juga turut disediakan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ini berbeza dengan negara-negara lain dimana semua perkhidmatan kesihatan termasuk perkhidmatan ambulan, akan dikenakan bayaran sebaik sahaja pemeriksaan dan pemulihan seseorang pesakit selesai dilakukan.

Kes kedua pula, pihak hospital terpaksa mematahkan kedua-dua belah kaki seorang tua yang meninggal dunia di hospital untuk dimuatkan kedalam guni untuk dihantarkan kepada waris simati. Tindakan ini mendapat kecaman daripada ramai penduduk di India namun pihak hospital hanya menjawab, mereka terpaksa berbuat demikian kerana tiada pengandar dan kereta mayat untuk menghantar si mati kekawasan tempat tinggalnya.
Alasan ini sebenarnya hanyalah helah untuk pihak hospital menghantar fasiliti yang mereka ada kekawasan penduduk miskin. Mereka bimbang, akan ada penduduk miskin yang mahu menumpang kereta mayat berkenaan untuk ke hospital akibat jaraknya yang jauh.
Kes ketiga yang baru sahaja berlaku menyaksikan seorang ayah terpaksa mendukung anaknya yang berusia 7 tahun ke hospital kerana ambulan yang membawa kanak-kanak ini berhenti semasa dalam perjalanan ke hospital, akibat kanak-kanak ini sudah meninggal dunia dalam perjalanan.
Berasakan anaknya masih hidup, si bapa mendukung anaknya sejauh 5 kilometer sebelum beberapa orang yang simpati dengan nasib keluarga ini meyakinkan sibapa bahawa anaknya telah meninggal dunia. Atas keprihatinan beberapa pihak, orang ramai menghantar keluarga malang ini pulang kerumahnya dan sekali lagi pihak hospital dipersalahkan akibat insiden menyayat hati ini.
Pernahkan perkara sebegini berlaku di Malaysia? Sudah pasti tidak kerana kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini memperuntukkan bajet yang cukup besar untuk memastikan perkhidmatan kesihatan di negara ini senditiasa diberi keutamaan.
Namun, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang kufur pada nikmat yang telah disediakan. Benar, ianya merupakan tanggungjawab kerajaan, namun adakah adil bagi para pemandu ambulan, jururawat-jururawat dan pasukan doktor di hospital kerajaan di fitnah dan dicela? Adakah mereka melabelkan perkhidmatan bernilai RM 1 ini sebagai rawatan ala kadar dimana rawatan di hospital swasta menelan belanja beratus kali ganda mahalnya?
Hari ini, dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib, perkhidmatan perubatan di Malaysia sudah diiktiraf antara yang terbaik. Untuk memastikan perkhidmatan kesihatan sentiasa mudah di dekati, Klinik Rakyat 1 Malaysia diwujudkan di daerah-daerah penduduk yang berkepadatan tinggi untuk membolehkan akses kesihatan sentiasa dekat dengan rakyat.
Malah, ubat-ubatan juga sentiasa ditambah baik agar kesihatan rakyat sentiasa dijaga. Inilah komitmen kerajaan Malaysia hari ini dalam menjaga kebajikan kesihatan rakyat Malaysia sentiasa dijaga. Usah menganggap para doktor di Malaysia hari ini bukan doktor yang terbaik kerana, setiap keringat mereka hanyalah untuk berbakti kepada rakyat tanpa sedikitpun memilih, mereka adalah penyokong kerajaan ataupun sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment