Saintis dari Australia semalam menganggarkan hidupan paling awal Bumi ini berusia 3.7 bilion tahun berdasarkan kajian terhadap penemuan satu fosil purba. Struktur fosil yang dipanggil stromatolit itu tersimpan di dalam batu purba di Greenland yang dipercayai 220 juta tahun lebih berusia daripada pemegang rekod terdahulu.
Menurut Ketua Pengkaji daripada University of Wollongong, Allen Nutman, penemuan itu membuktikan bahawa kehidupan bermula beberapa ratus juta tahun selepas Bumi terbina kira-kira 4.5 bilion tahun lalu.

Stromatolit Isua setinggi satu hingga empat sentimeter itu terdedah selepas pencairan salji di Isua Greenstone Belt. Ia menyamai bukti biologi lain dalam evolusi kod genetik pada tempoh masa sama.
Beliau menambah, penemuan tersebut dapat membantu pencarian hidupan di planet Marikh yang menjadi lokasi berkemungkinan besar sesuai untuk hidupan mikrob berbanding planet-planet lain di Sistem Solar.
0 comments:
Post a Comment