Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia menawarkan tempat di dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) kepada pemain Akademi Bola Sepak Frenz United (FUFA) kini berdepan masalah pengurusan.
Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya memandang serius masalah sedang dihadapi pemain di bawah FUFA dan telah mengarahkan pegawainya untuk menjalankan siasatan.
"Saya tidak pasti apakah perancangan Frenz United kerana ini adalah akademi swasta tetapi saya difahamkan ada sedikit masalah pengurusan dan sekarang ini pemain yang ada dalam akademi ini seolah-olah terbiar dan tidak ada apa-apa latihan dibuat.

Khairy berkata FUFA adalah program cetusan ahli perniagaan dari Singapura untuk mencari bakat baru dalam bola sepak dan kini akademi tersebut yang terletak di Janda Baik, Pahang, sedang mengalami masalah pengurusan.
"Saya jemput semua ibu bapa dan pemain Frenz United yang sekarang ini seolah-olah tidak ada pembelaan, boleh datang ke Majlis Sukan Negara dan berjumpa dengan pegawai PPBN untuk membincangkan soal masa depan mereka. Kalau mereka nak sertai PPBN pun saya rasa kita boleh bagi tempat kepada mereka," katanya.
0 comments:
Post a Comment