My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 10 September 2016

    Pertembungan RM 2.7 Bilion, Siapakah Hero Sebenar?



    Pada jam 8 malam ini, seluruh perhatian peminat bola sepak dunia akan terarah ke sebuah Bandaraya yang tidak dikenali sebagai kota fesyen atau kota hiburan terkemuka. Sebaliknya, bandaraya ini akan menyaksikan pertempuran antara dua gergasi bolasepak Inggeris, Manchester United yang akan bertemu musuh setempat mereka, Manchester City.

    Pertembungan dua jira Manchester ini merupakan pertembungan kali ke 171 sepanjang penubuhan kedua-dua kelab ini. Daripada jumlah ini, The Red Devils berjaya mencatatkan 71 kemenangan dan The Citizens pula mencatatkan 49 kemenangan dengan 51 kali pertembungan mencatatkan keputusan seri.

    Sepanjang aksi setempat yang dikategorikan oleh peminat bola sepak sebagai pertembungan paling panas selepas El Classico ini, pelbagai peristiwa dan catatan sejarah telah tercipta. Boleh dikatakan, setiap kali pertemuan, pasti akan muncul wira pasukan samada dari United mahupun City.

    Sejarah panjang pertembungan antara dua kelab Manchester ini telah menyaksikan, Roy Keane, Giggs, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Marcus Rashford telah mencetak nama mereka sebagai hero bagi United. Manakala Mario Bolatelli, Benjani Mwaruari, Yaya Toure dan Sergio Arguero pula telah memahat nama mereka sebagai pemusnah Manchester United.

    Hari ini, satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak dalam pertembungan derby ini, Wayne Rooney masih mampu bermain dan masih kekal menghiasi pertembungan ini sepanjang lebih sedekad. Dengan 11 gol yang dijaringkan Rooney, dia masih mampu untuk menambah jumlah jaringan ini andai dia cergas untuk diturunkan pada pertembungkan ke 172 ini.

    Menariknya, selain daripada pertembungan antara dua pengurus yang mempunyai sejarah perseteruan panjang, Jose Mourinho dan Pep Guardiola, pertembungan ini juga menyaksikan barisan skuad antara termahal dalam sejarah dunia bola sepak moden.

    Manchester United pada musim ini telah mengikat Eric Baily, Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan 
    Henrikh Mkhitaryan yang menjadikan anggaran kasar skuad ini bernilai 350.55 juta Pound Sterling (RM 1.4 bilion) jika mereka menurunkan De Gea, Valencia, Baily, Blind, Luke Shaw, Fellaini, Pogba, Mata, Rooney, Martial dan Ibrahimovic dalam pertemuan ini.

    Bagi Manchester City pula, anggaran kasar skuad ini bernilai 321.85 juta Pound Sterling (RM 1.3 bilion) andai Pep Guardiola membariskan Claudio Bravo, Zabaleta, John Stones, Otamendi, Gael Clinchy, Kevin De Bruyne, Fernandinho, David Silva, Raheem Sterling, Leroy Sane dan Nolito.

    Ini menjadikan jumlah keseluruhan skuad yang bakal dibarisi oleh jutawan bolasepak yang bakal beraksi di Old Trafford pada malam ini (tengah hari pada waktu tempatan) mencecah angka 671.40 juta Pound Steling (RM 2.7 bilion), angka tertinggi yang pernah dipersembahkan dalam mana-mana perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

    Justeru, semua mata pasti akan terarah kepada pertembungan di Old Trafford dengan mengharapkan satu wira akan muncul samada dari Manchester United ataupun Manchester City dengan persaingan menarik disajikan oleh semua pemain yang bakal diturunkan pada malam ini. Persoalannya, adakah Mourinho boleh mengawal dirinya dari terus menimbulkan kontroversi ditepi padang?

    Mungkinkah, Guardiola akan berubah daripada Mr Coolman kepada panas baran akibat provokasi daripada Mourinho dan Ibrahimovic? Ketika ramai yang mengatakan Manchester City kini lebih menyerlah berbanding United, penulis berasakan, United akan muncul pemenang dengan jaringan 2 gol 0, hanya disebabkan oleh aura Old Trafford serta kebijaksanaan Mourinho dan Ibrahimovic.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pertembungan RM 2.7 Bilion, Siapakah Hero Sebenar? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top