Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 24 jam apabila sebentuk cincin yang dipakai pada jari telunjuk kirinya gagal ditanggalkan kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 9 pagi apabila Michael Collin Sumbang, 18, cuba mengeluarkan cincin jenis keluli yang dipakainya dengan pelbagai cara termasuk melumurkan jari dengan sabun, namun selepas seharian mencuba, dia menemui jalan buntu.
Menurut sumber, keadaan itu menyebabkan jarinya semakin membengkak dan pada pagi semalam, lelaki terbabit pergi ke Hospital Saratok untuk mengeluarkan cincin tersebut. “Pasukan perubatan yang merawat lelaki itu kemudian menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi semalam.
0 comments:
Post a Comment