Perbuatan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) semakin menjadi-jadi di Terengganu apabila dua penjenayah bertopeng melarikan wang tunai RM260,000 selepas bertindak meletupkan mesin ATM sebuah bank di Kuala Dungun di sini semalam.
Kejadian tersebut merupakan kes kedua rompakan mesin ATM dalam tempoh dua hari di negeri itu selepas kejadian di pasar raya Sabasun 2, Gong Badak, Kuala Nerus kelmarin yang melibatkan kerugian RM1.14 juta.
“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bank terbabit, dua penjenayah terbabit telah memasuki ruangan premis bank yang menempatkan tiga mesin ATM dan dua mesin deposit tunai pada pukul 5.47 pagi.
“Mereka mengumpil lapisan pertama mesin ATM yang terletak paling hampir dengan pintu utama menggunakan peralatan kuku kambing sebelum meletakkan objek dipercayai bahan letupan di dalamnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment