My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 17 November 2016

    Bila Terdesak Baru Ingat PAS?



    Semasa Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung Sabtu lalu, antara agenda yang hangat diperbincangkan adalah bagaimana mahu memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

    Hal ini menjadi antara intipati ucapan utama kesemua pemimpin PKR, PAN, PKR dan PPBM semasa persidangan berkenaan. Menariknya, pada konvensyen berkenaan, mereka secara jelas seperti melupakan kewujudan PAS yang sebelum ini menjadi sekutu PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

    Dengan menggantungkan sepanduk Pakatan Harapan mara tanpa PAS dan sebagainya, mereka seolah-olah melihat PAS seperti sebuah parti asing yang langsung tidak diperlukan oleh Pakatan Harapan disaat keterujaan mereka menyambut sekutu baru mereka, PPBM. Boleh dikatakan, PAS bukan lagi berada dalam radar Pakatan Harapan, sebaliknya mereka menganggap PAS hanya sebuah parti yang hanya tunggu masa untuk dikuburkan.

    Namun semalam, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad secara terbuka menyatakan, harapan PAN dan PKR adalah kepada PAS untuk memastikan agenda satu lawan satu mereka menjadi kenyataan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin PKR dan PAN sendiri menyatakan, mereka mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 samada dengan atau tanpa kehadiran PAS.

    Apa sudah jadi pada kenyataan ini? Mengikut daripada sejarah lepas, menjadi satu kesukaran buat gabungan Pakatan Harapan untuk memastikan saingan satu lawan satu ini menjadi kenyataan. Lihat sahaja apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, pertengahan tahun lalu. Saingan antara PKR-DAP, PKR-PAN dan PAN-DAP berlaku disekurang-kurangnya 6 kawasan di Sarawak.

    Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, banyak kawasan menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara PAS, DAP dan PKR menentang calon BN. Kali ini, mudah untuk disimpulkan bahawa, walaupun tanpa PAS, mereka akan tetap bertembung antara satu sama lain walaupun wujud perjanjian khas sesama mereka.

    Sebelum ini, mereka menganggap PAS seumpama tidak wujud dan diperlekehkan kerana pendirian PAS yang enggan lagi menjadi mangsa "buli" DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang. Kini, PAN dan PKR tanpa segan silu merayu PAS untuk memberi jalan kepada pakatan pembangkang untuk membolehkan agenda satu lawan satu jadi kenyataan.

    PAS sebagai antara parti tertua dalam pembangkang pastinya mempunyai kemahunannya yang tersendiri. Selain daripada memegang tampuk pemerintahan Kelantan, kelebihan yang mereka miliki di beberapa buah negeri juga pasti mahu dipertahankan. Inilah yang bakal menjadi punca kegagalan saingan satu lawan satu ini menjadi kenyataan.

    Umum sedia maklum, Pakatan Harapan kini didominasi oleh DAP dan PAS pastinya enggan menjadi mangsa kali ketiga kerakusan DAP dalam mengatur cara politik kesemua parti gabungan pembangkang.

    Kini, selepas menyedari peluang untuk mewujudkan agenda satu lawan satu agak sukar direalisasikan, mereka mengalih tumpuan kepada PAS untuk membolehkan mereka mengambil alih beberapa kerusi yang sememangnya dimiliki oleh PAS untuk diberikan kepada PAN sebagai proksi DAP dalam kaum Melayu. Adakah PAS mahu mengizinkan perkara ini terjadi?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bila Terdesak Baru Ingat PAS? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top