Seorang lelaki melecur di leher ketika cuba menyelamatkan dokumen penting di rumahnya yang terbakar di Kampung Tebongon, Jalan Putatan, dekat sini, jam 4.30 petang kelmarin.
Mangsa yang berusia 50-an cedera terkena bahang api, malah dokumen penting berkenaan turut gagal diselamatkan. Kebakaran membabitkan dua rumah itu mengakibatkan kedua-dua kediaman dihuni enam keluarga musnah.
Saksi, Arifin Anif, 41, berkata, ketika kejadian, dia mahu pulang ke rumah daripada tempat kerja. “Isteri menelefon dan mengatakan rumah jiran terbakar. Jarak antara kediaman kami hanya lima meter.
“Sebaik tiba di rumah, saya membantu memadamkan api dengan menyiram air menggunakan baldi namun gagal. Penduduk menghubungi bomba dan penyelamat,” katanya.
0 comments:
Post a Comment