My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 3 November 2016

    Rogol Adik Rakan



    Seorang lelaki tergamak merogol adik perempuan rakannya dalam kereta dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Faris Putera Jafperi, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. 

    “Selepas meneliti keterangan saksi dan hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh bersalah,” katanya.

    Tertuduh yang berada dalam kandang tertuduh hanya mampu menundukkan wajahnya. Hadir sama di mahkamah, ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya yang difahamkan sedang hamil dua bulan. 

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun tujuh bulan di dalam sebuah kereta Proton Satria warna kuning di tempat letak kereta di Bandar Satelit, Pasir Tumboh, jam 4.15 pagi pada 2 Februari 2014.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rogol Adik Rakan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top