My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 4 July 2017

    20 Individu Terbabit Kes Gaduh Dicari



    Polis sedang mengesan dua kumpulan lelaki membabitkan 20 individu yang bergaduh ketika majlis perkahwinan berlangsung di Dewan Komuniti Taman Melati Gombak, Setapak, Sabtu lalu. 

    Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Ramli Kasa berkata, pergaduhan berlaku antara sekumpulan lelaki menunggang motosikal dipercayai menyertai konvoi menghadiri majlis itu dan sekumpulan penduduk di kawasan dewan komuniti berkenaan.

    Menurutnya, kejadian dipercayai bermula ketika konvoi bermotosikal itu memulas pendikit minyak motosikal sebagai tanda ketibaan pengantin menyebabkan segelintir penduduk di sekitar dewan tidak berpuas hati. “Pergaduhan dikatakan bermula apabila konvoi bermotosikal itu dikejutkan dengan letupan dipercayai bunyi mercun yang dibaling ke arah mereka.

    “Ada antara peserta konvoi cedera akibat terkena letupan mercun. Selain itu, suspek turut menyerang konvoi itu menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataannya, semalam. Ramli berkata, pergaduhan itu mengakibatkan kerosakan pintu dewan komuniti berkenaan, sebuah kereta dan gerai berhampiran.
    “Kejadian menyebabkan beberapa individu di lokasi kejadian cedera ringan,” katanya. Ramli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Rakaman pergaduhan dengan video berdurasi 1.38 saat itu tular di media sosial Facebook (FB) serta dikongsi beberapa pemilik akaun FB yang bertanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku serta punca pergaduhan itu.
    Dalam rakaman itu kelihatan dua kumpulan lelaki saling mencabar dan berlaku pertengkaran antara satu sama lain dengan ada antaranya memegang senjata. Kelihatan beberapa lelaki, merosakkan sebuah motosikal yang sudah terbalik.

    Turut kedengaran suara meminta kedua-dua kumpulan bersabar dan bertenang, selain meminta tidak meneruskan pergaduhan. Berdasarkan rakaman, kejadian berlaku depan pintu dewan lokasi berlangsung majlis perkahwinan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 20 Individu Terbabit Kes Gaduh Dicari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top