My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 5 July 2017

    Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel



    Seorang pelancong warga India ditemukan maut selepas bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 di sebuah hotel di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, mangsa Hitesh Oswal, 25, dipercayai membuka pintu tingkap sebelum terjun dari tingkat 12 dan jatuh di tingkat lima hotel berkenaan. 

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata mangsa yang menginap di hotel terbabit datang ke Sabah sejak tiga hari lalu bersama keluarga angkat beliau.

    Menurutnya, mangsa turut dipercayai mempunyai masalah peribadi dengan keluarganya di India dan berada dalam kemurungan sebelum mengambil tindakan membunuh diri. “Pemeriksaan pada tubuh mangsa serta di lokasi kejadian oleh pegawai penyiasat mendapati tiada sebarang kesan unsur jenayah dalam kejadian ini.

    “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk siasatan lanjut dan kedutaan India turut dimaklumkan mengenai kejadian ini untuk urusan selanjutnya,” katanya di sini kelmarin. Pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top