• PANAS

    Wednesday, 5 July 2017

    Sekat Dadah Dari Negara Jiran



    Polis Kelantan diarah meningkatkan usaha membanteras gejala penyeludupan dadah dari negara jiran, terutama dalam aspek siasatan dan pengawasan jalan-jalan tikus di sekitar kawasan sempadan negara. 

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah me­netapkan Petunjuk Prestasi Utama tertentu buat Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan untuk mengambil tindakan bagi menyekat kemasukan bahan terlarang itu ke dalam negara dengan lebih drastik.

    Menurutnya, beliau telah beberapa kali menyuarakan keprihatinannya terhadap masalah berkaitan penyeludupan dadah seperti pil kuda dari negara jiran. Tambahnya, masalah penyeludupan pil itu bukan hanya membabitkan Kelantan semata-mata malah turut merebak ke negeri Pahang dan Terengganu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sekat Dadah Dari Negara Jiran Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top