My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 5 July 2017

    Tiket Untuk Tonton Sukan SEA Mula Dijual Hari Ini



    Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menunaikan janji untuk mengenakan harga tiket berpatutan bagi Sukan SEA ke-29 bulan depan. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga pengerusi MASOC mengumumkan harga tiket paling mahal adalah RM20 bagi 19 acara yang ditetapkan selain upacara pembukaan dan penutup yang turut dikenakan tiket. 

    “Pemilihan acara yang dikenakan tiket adalah berdasarkan kepada populariti sukan yang mendapat permintaan yang tinggi dan kapasiti venue yang terhad. Perkara ini sama seperti dilakukan Singapura dua tahun lalu serta temasya lain.

    “Jadi untuk mengawalnya adalah menerusi penjualan tiket. Saya percaya peminat sukan akan bersedia membelinya kerana ia menawarkan harga berpatutan iaitu RM10 dan RM15 bagi pusingan awal dan saingan akhir kebanyakannya berharga RM20,” jelasnya.

    Terdahulu Khairy mengumumkan harga dan penjualan tiket dalam talian membabitkan 19 acara sukan seperti bola sepak, terjun, pencak silat, berbasikal trek, sepak takraw dan badminton. Manakala 32 acara seperti memanah, olahraga, golf, tinju, menembak, angkat berat dan wushu tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

    “Kami mengehadkan setiap transaksi pembelian sebanyak empat keping dengan jualan dalam talian bermula hari ini (semalam) bagi mengelakkan berlaku aktiviti ulat tiket. Beberapa pusat jualan turut akan diumumkan dalam masa terdekat selain kiosk tiket semasa temasya berlangsung.

    “Tiada jumlah tiket yang tepat pada masa ini namun ia akan ditambah sekiranya terdapat permintaan yang tinggi,” katanya.

    Orang ramai yang berminat membeli dalam talian boleh melayari laman web www.kualalumpur2017.com.my. Pada majlis sama, Khairy turut mengumumkan semua acara bagi Sukan Para ASEAN pada September ini boleh disaksikan secara percuma.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiket Untuk Tonton Sukan SEA Mula Dijual Hari Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top