My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 10 January 2018

    Fazura Mengandung?



    Ditegur kerana makan pada kuantiti yang banyak dalam sebuah video, pelakon dan penyanyi popular Fazura berseloroh dirinya sedang mengidam seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua. 

    Melalui sebuah video yang dikongsi oleh akaun Instagram @divaletopsdotcom menunjukkan pelantun lagu Sayangi Dirimu itu tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita. "Banyak makan sis. Tak makan ke tadi sis?," tanya wanita itu.

    Fazura, 34, dengan bersahaja menjawab, "Bukan, kot kot mengidam ke apa. kot kot lah." Jawapan Fazura itu disambut dengan keterujaan wanita berkenaan serta beberapa rakan yang lain sambil mendoakan perkara itu menjadi kenyataan.

    Video itu diambil ketika Fazura berada di majlis pelancaran sebuah produk kecantikan, Trudolly, di London yang menampilkan dirinya sebagai duta produk tersebut.

    Video tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan dan rata-rata peminat melalui ruangan komen juga mendoakan agar pelakon jelita itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Fazura Mengandung? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top