JIKA dilihat atas kertas, skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia dilihat begitu ‘kerdil’ jika dibandingkan dengan pasukan Iraq menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Stadium Changshu, China hari ini.
Bagaimanapun, status tersebut bukan pematah semangat buat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee bagi melakukan kejutan, sebaliknya kesemua pemain muda negara bersiap sedia menyahut cabaran demi maruah Malaysia.
“Kami tidak kisah apa orang cakap tetapi di atas padang, segala-galanya berbeza dan saya yakin rakan-rakan sepasukan akan berusaha keras untuk melakarkan kejutan nanti walaupun tahu Iraq merupakan pasukan pilihan,” kata pemain tengah, Nor Azam Azih selepas tamat sesi latihan rasmi di Stadium Changshu semalam.
Kami hormati pasukan Iraq tetapi saya turut percaya pemain-pemain saya juga teruja untuk menentang dan bersaing dengan mereka kerana ini adalah medan terbaik buat pasukan negara membuktikan sesuatu.
Saya fikir kesemua pasukan memiliki peluang seimbang dan kami tahu Malaysia adalah pasukan bagus. Kami tidak mahu memandang rendah terhadap Malaysia, dan kami berharap dapat bermain baik untuk mengutip tiga mata.
0 comments:
Post a Comment