Seorang wanita yang hamil tiga bulan dan kekasihnya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan mendera tiga beradik yang berusia antara 10 bulan hingga 5 tahun pada November hingga Disember tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh iaitu Nor Suhada Firhana Mohd. Noh, 22, dan Muhammad Zulfikar Rizal Affendy, 26, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mahkamah menetapkan 5 Februari ini untuk jatuh hukum ke atas pasangan itu sementara menunggu laporan perubatan ketiga-tiga mangsa dera. Ketiga-tiga beradik yang menjadi mangsa dera merupakan anak kepada Nor Suhada.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, pasangan itu didakwa dengan niat bersama menganiaya, mengabaikan dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun manakala seorang bayi perempuan berusia 10 bulan. Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya di sini antara 16 November hingga 21 Disember 2017.
0 comments:
Post a Comment