Siapa sangka dendam sejak kecil telah membuatkan seorang anak tergamak mengelar leher bapa kandungnya sampai mati. Kisah menyayat hati pada pukul 4 pagi itu berlaku di sebuah rumah panjang Tanjong Long Pawah di sini awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Melay Tingom berkata, akibat tragedi itu, Indo Usa, 60, maut di tempat kejadian selepas dikelar anaknya yang berusia 26 tahun.
Menurut beliau, sebelum kejadian, suspek yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu secara tiba-tiba mengamuk lalu mencetuskan perbalahan dengan bapanya dan penghuni lain di rumah panjang itu.
Katanya, suspek cuba ditenangkan oleh ahli keluarganya namun dia semakin agresif sehingga gagal dikawal. “Suspek kemudian mencapai sebilah parang lalu melibas bapanya dan tuai rumah panjang tersebut tetapi mereka sempat mengelak,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
0 comments:
Post a Comment