Seorang lelaki warga emas ditemui maut dipercayai dipukul adik iparnya dalam kejadian di sebuah rumah pekerja Ladang Menanggol di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5 pagi tersebut, mangsa yang berusia 60 tahun diserang dan dipukul suspek berulang kali pada bahagian kepala dan kaki dengan menggunakan objek tumpul. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, sebelum kejadian, suspek, 41, dikatakan baru pulang ke rumah selepas meraikan sambutan ambang tahun baharu.
“Hasil siasatan awal mendapati, suspek memukul warga emas terbabit yang sedang tidur menggunakan sebatang kayu sepanjang 60 sentimeter di dalam rumah berkenaan.
“Difahamkan, tindakan suspek itu berpunca daripada perselisihan faham dengan mangsa yang berlaku kira-kira seminggu lalu,” katanya hari ini. Tambah A. Sahak, semasa insiden tersebut suspek dipercayai berada dibawah pengaruh alkohol.
0 comments:
Post a Comment