My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 8 January 2018

    Jangan Macam Tu, Baru Satu Episod...


    PENAMPILAN pertama Janna Nick dan Ajak Shiro sebagai pengacara Melodi mendapat kritikan netizen apabila dianggap 'kayu' biarpun tidak sampai sejam bersiaran secara langsung, tengah hari tadi. Kata Janna, dia terima segala kritikan dan komen daripada netizen membabitkan penampilan sulungnya itu dan meminta penonton memberi peluang memandangkan mereka masih baru. 

    “Dah tular di Twitter mengatakan kami kayu. Jangan macam itu, kami masih baru. Baru satu episod, tunggulah sampai habis. Apa pun, terima kasih kepada yang memberi komen dan kami akan ambil untuk buat yang lagi baik selepas ini,” katanya.

    Janna yang dihubungi media seusai bersiaran akui keputusannya mengacara program itu adalah langkah besar yang dibuat kerana tidak ada pengalaman menjadi pengacara. “Kalau nak tahu, saya satu-satunya pengacara Melodi yang tidak pernah mengacara dalam mana-mana program. Ini adalah penampilan pertama saya sebagai pengacara.

    “Tidak dinafikan memang wujud perbandingan dan teguran. Saya okey dan tak kisah. Sebaliknya saya menjadikan ia sebagai satu bentuk pembelajaran untuk memperbaiki diri. Saya tak boleh kata beri peluang kerana penonton memang akan tengok muka saya setiap minggu. Cuma, saya berharap setiap teguran biarlah yang membina,” katanya.

    Kata Janna, selepas ini dia perlu lebih banyak membaca berita hiburan dan pengetahuan am bagi menambahkan lagi ilmu pengacaraannya. “Sejak menjadi artis, saya sering jadi bahan berita. Sekarang saya juga perlu letakkan diri sebagai netizen. Dalam erti kata lain, saya kena ambil tahu kisah orang lain juga.

    “Jadi, saya perlu banyakkan lagi membaca berita dan mendengar info daripada rakan wartawan. Pendek kata, saya tak boleh malas,” katanya.

    Dalam masa sama, Janna juga ingin perbaiki lagi penggunaan bahasa ketika mengacara. Janna dan Ajak mula bersiaran hari ini menggantikan pengacara Melodi sebelum ini, Awal Ashaari dan AG.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Macam Tu, Baru Satu Episod... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top