Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Datuk Samson Anand George berkata, menerusi pengenalan Kia Picanto baharu, pihaknya berharap dapat meraih potensi segmen pasaran A yang menguntungkan dan seterusnya memulakan rentak jualan syarikat pada tahun ini.
“Kami yakin dapat mencapai sasaran jualan Kia Picanto sebanyak 5,000 unit, sekali gus menyumbang sebanyak 50 peratus kepada sasaran jualan keseluruhan Naza Kia Malaysia untuk 2018,” katanya pada majlis pelancaran Kia Picanto baharu di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dekat sini hari ini.
Kia Picanto baharu memberi penekanan pada rekaan futuristik berserta keselamatan, keselesaan dan prestasi pengendalian. Dengan kerangka badan yang lebih kukuh, ia diperbuat daripada keluli berketahanan tinggi (AHSS) berbanding model terdahulu dengan teknologi keselamatan aktif seperti sistem antibrek (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik (ECS).
Ditawarkan pada harga di atas jalan RM49,888 seunit, ia didatangkan dalam lima warna menarik iaitu Pop Orange, Lime Light, Honey Bee, Clear White dan Titanium Silver.
0 comments:
Post a Comment