Tahun 2018 membuka lembaran baru bagi kedatangan permainan video yang nyata berlainan dan dinanti-nanti peminat konsol dan PC. Pertama, mari kita lihat ‘game’ manakah yang patut anda dapatkan pada bulan ini. Boleh dikatakan terdapat dua judul menarik yang wajar diberi perhatian!
Dragon Ball FighterZ (PC, PS4 dan Xbox One) - 26 Januari
Sama seperti ‘fighting games’ yang moden, permainan video keluaran Bandai Namco ini memfokuskan kepada teknik perlawanan dan ‘tag team’. Pilih tiga karakter untuk tubuhkan satu pasukan. Kawal satu daripadanya dan dua lagi karakter akan memberi sokongan apabila perlu (anda boleh menukar karakter sesuka hati).
Paling menarik, kombo boleh dilaksanakan dengan lebih baik jika dibantu karakter bantuan. Terdapat juga ciri lain seperti ‘Come on Shenron!’ yang pemain perlu mengumpul tujuh ‘Dragon Ball’. Jika dikumpul semuanya, pemain boleh meminta hajat seperti meningkatkan kuasa, menghidupkan rakan yang sudah tewas, menambah nyawa ataupun menguatkan tahap ketahanan diri.
Satu lagi mod iaitu ‘Dramatic Finish’ memfokuskan karakter tertentu yang menang melawan musuh ketat mereka dan kemudian muncul ‘cutscene’ yang menyamai beberapa kisah daripada komik Dragon Ball.
Monster Hunter: World (PC, PS4 dan Xbox One) - 26 Januari
Pernah terfikir untuk lawan raksasa seperti dinosaur di pelbagai tempat? Dalam permainan ini, impian itu boleh terlaksana apabila anda ditugaskan sebagai seorang pemburu raksasa. Sedikit maklumat mengenai permainan ini, perkembangan karakter anda dikira mengikut kepandaian anda menambahkan kekuatan senjata.
Daripada busur hinggalah pedang panjang, ia menentukan kuasa dan kombo karakter anda untuk melawan dinosaur itu. Pastinya sukar untuk berdepan raksasa jika anda hanya manusia kerdil. Oleh itu, masalah ini diatasi dengan senjata seperti Slinger digunakan untuk bertukar posisi dan ‘ghillie suit’ yang menyembunyikan lokasi karakter anda.
Lebih menarik, kembara memburu raksasa ini boleh dilakukan bersama tiga lagi pemain lain dari seluruh dunia, satu fungsi yang baru dalam francais ini.
0 comments:
Post a Comment