My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 11 January 2018

    Bukan MCA Yang Mengkhianati Kaum Cina, Sebaliknya DAP!


    Diantara MCA, Gerakan dan DAP, mereka saling tunding menunding diantara satu sama lain berhubung siapakan diantara ketiga-tiga parti berkenaan yang mengkhianati amanah dan kepercayaan kaum Cina. Isu ini bukan baru kerana ianya telah dimainkan oleh DAP sejak 1966 lagi dan MCA dan Gerakan juga turut terjebak dalam kancah permainan politik kotor DAP ini.

    Selama beberapa dekad, isu ini dikumandangkan dan DAP dilihat hampir berjaya memenangi perang saraf ini apabila berjaya memperolehi jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah penyertaan mereka dalam Pilihan Raya Umum apabila memenangi lebih 40 kerusi pada PRU ke 13 yang lalu.

    Disaat DAP begitu yakin mampu mengulangi dakyah dan rentak politik sebegini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak, secara tiba-tiba, DAP menyerlahkan sikap sebenar mereka. Tanpa disangka-sangka, DAP menzahirkan sokongan penuh terhadap pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak.

    Sebelum ini, DAP antara parti yang begitu hebat ditekan oleh Mahathir sewaktu dia berkuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Apa sahaja yang tidak dilakukan olehnya termasuklah memenjarakan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng atas alasan yang dianggap oleh penyokong DAP sebagai tidak masuk akal.

    Hari ini, DAP dan Lim Kit Siang sendiri yang mengkhianati para penyokong dan ahlinya apabila memilih Mahathir sebagai ketua. Malah, anak-anak kepada bekas Pengerusi DAP, Mediang Karpal Singh juga turut mengutuk sokongan DAP terhadap Mahathir.

    Ketika mengulas tentang hal ini, jurucakap publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyatakan, 
    pemimpin DAP sebelum ini mendakwa, Mahathir telah mengkhianati dan memperdayakan masyarakat Cina dengan menyetujui tuntutan SUQIU (Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia) bagi Keharmonian Nasional sebelum pilihan raya umum 1999.

    Selepas Mahathir menang, beliau berpaling tadah dan mengecop mereka yang mendesak dan menyokong SUQIU sebagai komunis, ekstremis dan tidak tahu berterima kasih. Jadi secara jelas, DAPlah yang telah mengkhianati kepercayaan kaum Cina yang rata-rata masih kecewa dengan tindakan Mahathir yang berpaling tadah dan mengkhianati kaum Cina.

    Mungkin sebelum ini DAP berjaya mengaburi mata kaum Cina kononnya MCA telah meletakkan taraf kaum Cina pada taraf kaum kedua di Malaysia dan menuduh MCA dan Gerakan sebagai punca kaum Cina tertekan. Hakikatnya, menerusi sokongan yang ditunjukkan DAP terhadap Mahathir ini menyerlahkan betapa tamaknya DAP untuk meraih kuasa sehingga melupakan prinsip parti mereka sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bukan MCA Yang Mengkhianati Kaum Cina, Sebaliknya DAP! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top