Tidak ada yang menghairankan apabila Pakatan Harapan begitu gah melaungkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka bakal diadakan suku pertama tahun ini. Mereka begitu gah mengumumkan bahawa mereka sudah memiliki calon Perdana Menteri dan sudahpun mengagihkan 165 buah kerusi di seluruh Semenanjung Malaysia.
Sekali imbas, ianya kelihatan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Hakikatnya, apa yang berlaku di belakang yang cuba diselindungkan oleh Pakatan Harapan adalah, di kalangan para penyokong dan kepimpinan parti sendiri menolak pencalonan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.
Manakan tidak, sepanjang tertubuhnya parti pembangkang, terutamanya di zaman pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri, kesemua pemimpin pembangkang mendoktrinkan para pengikutnya bahawa Mahathirlah pemimpin yang kejam, penyamun, kronism dan pelbagai gelaran lagi.
Hari ini, oranag yang mereka cerca, maki dan sumpah itulah yang dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri. Adakah itu bukan lagi petunjuk bahawa Pakatan Harapan hanya memperbodohkan penyokongnya sendiri dan cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang lain hanya demi mengejar kuasa?
Tidak terhenti setakat itu, Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini dicerca, di hamun dan dinafikan hak untuk menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998, kini terpaksa akur dengan kemahuan Pakatan Harapan. Apa yang melucukan adalah, Mahathir diangkat sebagai calon Perdana Menteri sementara sahaja sebelum jawatan berkenaan digantikan oleh Anwar.
Persoalannya, adakah jawatan Perdana Menteri sementara dan boleh ditukar begitu sahaja tanpa perkenan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong? Bukankah tindakan mereka ini seolah-olah merendahkan martabat dan memainkan Perlembagaan Negara?
Justeru, apa yang ingin ditekankan adalah, berhentilah mengizinkan diri kita ini diperbodoh dan dipermainkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pakatan Harapan. Mereka hanya tahu mahu mengejar kuasa semata-mata dan tidak memperdulikan apa jua nasib rakyat.
Andai kata mereka diberi peluang untuk mentadbir kelak, percayalah, mereka masih belum bersedia sepenuhnya dan akan berlakulah keadaan huru hara, sesuatu yang cukup dimahukan DAP seandainya negara ini berada dalam keadaan huru hara.
* artikel ini diterbitkan pada 10 Januari 2018
0 comments:
Post a Comment