My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 10 January 2018

    Mati Ditetak 4 Lelaki Bertopeng



    Hasrat seorang pemandu lori untuk menjamu selera di sebuah kedai makan tidak kesampaian apabila dia diserang sebelum ditetak bertubi-tubi oleh empat lelaki di Batu 17, Sungai Sembilang, Je­ram di sini kelmarin. 

    Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, S. Mohan, 27, yang makan bersama tiga rakannya me­ngalami kecederaan parah pada kepala dan anggota badan. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sungai Buloh.

    Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Asri Abdul Wahab berkata, ketika sedang makan bersama rakannya, empat lelaki yang menaiki sebuah kereta Pe­rodua Myvi tiba-tiba datang dan menye­rang mangsa.

    “Kesemua suspek yang bertopeng dan bersenjatakan empat bilah parang itu terus menyerang mangsa bersama tiga rakannya,” katanya di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mati Ditetak 4 Lelaki Bertopeng Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top