My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 8 January 2018

    Pendaki Maut Ketika Turun Gunung Kinabalu


    Seorang pendaki yang terpisah daripada kumpulan eksplorasinya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di Kilometer 8, Gunung Kinabalu di sini kelmarin. Mangsa, Nazri Omar, 49, dijumpai pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi terbabit kira-kira pukul 1.15 petang kelmarin. 

    Bagaimanapun, lelaki yang beralamat dari Bandar Baru Bangi, Selangor itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai ambulans selepas dibawa turun ke Timpohan Gate dekat sini pada pukul 5.40 petang.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagung berkata, seramai empat anggota dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada kakitangan Taman-Taman Sabah mengenai insiden terbabit.

    "Sebaik tiba di lokasi, dimaklumkan mangsa berada di Kilometer 8, Gunung Kinabalu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sehubungan itu, pasukan bertugas segera bertindak menjalankan operasi membawa mangsa turun ke Timpohan Gate untuk rawatan lanjut, namun pegawai ambulans mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia," katanya kelmarin.

    Difahamkan, sebelum kejadian lelaki tersebut terpisah dengan ahli kumpulannya yang lain ketika dalam perjalanan menuruni gunung berkenaan. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kejadian masih dalam siasatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pendaki Maut Ketika Turun Gunung Kinabalu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top