Jaringan penyerang Atletico Madrid, Diego Costa pada babak pertama menjadi pemusnah kepada impian Arsene Wenger untuk mengakhiri kariernya sebagai pengurus Arsenal di pentas final Liga Europa selepas skuad kendalian Diego Simeone itu menang 1-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi tadi, sekali gus mara dengan agregat 2-1.
Arsenal dan Atletico sebelum ini seri 1-1 pada aksi timbal balik pertama di Stadium Emirates selepas Antoine Griezmann menyamakan kedudukan pada lewat permainan di London minggu lalu.
Turun dengan kelebihan berdasarkan jaringan di tempat lawan, Costa meletakkan Atletico di depan sebelum rehat hasil jaringannya di minit kecederaan babak pertama.
The Gunners pula dilihat gagal mendapatkan gol meskipun berjaya bangkit pada babak kedua dengan mencipta beberapa peluang jaringan.
Kemenangan ini menyaksikan Atletico mara ke pentas final kali pertama dalam kempen Eropah sejak mereka tewas kepada Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada 2016.
0 comments:
Post a Comment