Seorang bapa kejam ditahan polis selepas mencampak anak lelakinya berusia tujuh tahun dari jejantas hingga mati dilanggar kereta, di bandar Chongqing, China.
Lelaki itu dipercayai tertekan kerana tidak mampu menanggung kos perubatan yang mahal untuk anaknya itu selepas bercerai dengan isterinya.
Thepaper.cn melaporkan, lelaki 32 tahun yang dikenali sebagai Jiang itu berjalan bersama anaknya itu pada Ahad lalu selepas menaiki bas dari Chengdu ke Chongqing.
Dalam kejadian 29 April lalu itu, saksi berkata, ketika dua beranak terbabit melintasi jejantas pada jam 8.30 malam, si bapa tiba-tiba mencampak anaknya ke bawah.
Portal Shanghaiist melaporkan, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu jatuh di atas bahu jalan sebelum dilanggar kereta. Dia dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
0 comments:
Post a Comment