My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 4 May 2018

    Penganggur Bunuh Anak Kekasih Didakwa



    Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ka­ngar di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, bulan lalu. Mengikut pertuduhan, Noraizuwan Hamali, 26, dituduh membunuh Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan pada pukul 3.45 petang pada 18 April lalu hingga 12.10 tengah malam, 19 April lepas.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Arau, Lorong Cempaka, Kampung Jejawi dekat sini. Noraizuwan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dua kali oleh jurubahasa mahkamah. Majistret Norhayati Ibrahim kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela. Kosmo! melaporkan pada 18 April lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menanggung penderitaan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

    Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi di Hospital Tuanku Fauziah di sini selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu. Hasil bedah siasat oleh pakar patalogi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah mendapati tulang rusuk mangsa telah patah selain mengalami lebam-lebam pada badan dan ususnya pecah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penganggur Bunuh Anak Kekasih Didakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top