My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 4 May 2018

    Dua Kedai Motosikal Musnah



    Anggota bomba bertungkus-lumus mengawal api daripada merebak ke beberapa lot kedai berhampiran dalam kebakaran kedai di Jalan Hulu Sapi, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 6.25 pagi, dua lot kedai menempatkan kedai peralatan gantian dan aksesori motosikal hangus sepenuhnya. 

    Tindakan pantas 10 anggota bomba bertugas dalam operasi itu membolehkan dua lot kedai dalam blok sama menempatkan kedai tayar dan minyak enjin kenderaan diselamatkan daripada terbakar.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.29 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak 99 kilometer dari balai. 

    “Sebaik tiba, dua lot kedai berkenaan terbakar dan bomba memecahkan pintu untuk merempuh masuk. Pada jam 8.50 pagi, kebakaran dipadamkan sepenuhnya. Pemeriksaan mendapati, dua lot kedai sama yang menjual perkakasan motosikal hangus.

    “Dua lot lagi selamat. Sebuah kereta Proton Saga milik penduduk berdekatan yang diletak di hadapan kedai turut musnah,” katanya. Rastam berkata, pihaknya menggunakan sumber air longkang yang terletak 40 meter di belakang bangunan terbabit, selain sumber air jentera bomba. “Punca kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat serta tiada mangsa dilaporkan cedera.” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Kedai Motosikal Musnah Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top