My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 4 May 2018

    Kekasih Syabu Kantoi



    PASANGAN kekasih yang menjadikan sebuah hotel bajet di Jalan Masjid Baru, Lawas, sebagai lokasi membungkus dadah ditumpaskan polis, kelmarin. Serbuan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dijalankan pada 9 malam hasil risikan dan maklumat awam. 

    Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis menahan pasangan itu masing-masing berusia 27 dan 30 tahun selepas menyerbu bilik berkenaan. Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui 40 keratan tiub penyedut minuman berisi serbuk kristal disyaki syabu.

    “Semua keratan tiub berisi syabu yang dianggarkan bernilai RM2,500 itu disorokkan di dalam bekas gula getah. Suspek dipercayai mula bergerak aktif sebagai pengedar dadah sejak tiga bulan lalu dan mensasarkan penagih sekitar bandar ini sebagai pelanggan,” katanya.

    Menurutnya, suspek menyewa bilik hotel bajet berkenaan untuk membungkus dadah sebelum keluar menjualnya di sekitar bandar Lawas. Katanya, suspek hanya menjual dadah itu kepada penagih dikenali bagi mengelak kegiatan haramnya dihidu polis.

    “Kedua-dua suspek yang positif syabu itu kini direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 A (1)dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kekasih Syabu Kantoi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top