My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 4 May 2018

    Cukuplah 28 Tahun Hidup "Terasing" Dengan Kerajaan Pusat



    Sedar tidak sedar, sudah 28 tahun Kelantan ditadbir urus oleh kerajaan PAS yang mana hari ini, tidak banyak kemajuan mampu diraih sejak tahun 1990. Selama tempoh itu, selama 13 tahun PAS berada di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, 6 tahun berada di bawah pentabiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan 9 tahun berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Boleh dikatakan, hampir seluruh negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak hari ini menerima impak pembangunan yang cukup pesat. Di sana sini, ada sahaja pembangunan baru yang muncul hasil daripada kerjasama erat antara negeri-negeri yang dikuasai BN dengan Kerajaan Persekutuan.

    Namun, pemandangan ini tidak begitu ketara di negeri Kelantan walaupun negeri ini mempunyai begitu banyak potensi untuk di majukan. Bukan tidak mengatakan kerajaan PAS Kelantan gagal membawa pembangunan ke negeri ini, cuma impak pembangunan yang dirasai adalah amat minima sehingga mendorong begitu ramai anak muda Kelantan berhijrah kenegeri lain.

    Dalam hal ini, agak tertarik dengan kenyataan calon Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata, sudah 28 tahun PAS menerajui negeri Kelantan dan hari ini, sudah tiba masanya BN perlu dikembalikan kenegeri ini bagi membawa lebih nikmat kemajuan dan kesuburan ekonomi buat seluruh warga negeri Kelantan.

    Kita tidak lagi boleh melihat sebuah negeri ketinggalan disaat hampir seluruh negara kini sedang bersiap sedia untuk menuju kearah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Untuk mengecapi sebuah negara maju, semua negeri termasuk Kelantan perlu turut serta dan dalam hal ini, hanya kerajaan BN yang sudah terbukti mampu membangunkan negara serta ekonominya, mampu melakukan perubahan di Kelantan.

    Dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, menarik pelabur asing melabur kenegeri Kelantan, keindahan panorama yang mampu menggamit pelancong, Kelantan sebenarnya sudah cukup ramuan untuk dibangunkan. Apa lagi yang perlu ditunggu setelah 28 tahun negeri ini hidup seperti "terasing" dari kerajaan pusat?

    Inilah masa buat seluruh warga negeri Kelantan beralih kepada kemajuan. Benar, agama tidak boleh di pisahkan namun seperti yang diungkap oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, selain PAS, UMNO juga adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasib umat Islam di negara ini. Justeru, di mana salahnya sekiranya UMNO diberi peluang untuk mentadbir semula negeri Kelantan?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cukuplah 28 Tahun Hidup "Terasing" Dengan Kerajaan Pusat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top