My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 6 May 2018

    Klise Awal Hingga Akhir




    Filem ini mengisahkan sekumpulan sahabat bermain ‘truth or dare’ yang popular dalam kalangan remaja ketika bercuti di Mexico. Pada malam terakhir, mereka bermain di sebuah lokasi tidak diketahui asal usulnya dan sekembali mereka ke rumah masing-masing, mula diganggu dengan pelbagai kejadian misteri. 

    Biarpun premis filem menarik, babak pertama sudah menonjolkan segmen langsung tidak menarik perhatian. Filem ini mempunyai shot yang lemah, lakonan yang kaku, lakon layar yang teruk dan semakin rimas ditonton sehinggalah babak-babak terakhir.

    Pada babak pertama, penonton diperkenalkan dengan watak protagonis. Sayang, lakonan mereka langsung tidak meyakinkan. Semakin cerita berkembang, penonton didedahkan kepada rahsia karakter masing-masing yang sebenarnya tidaklah mengalami isu sendiri yang boleh dianggap teruk. Jalan cerita juga tidak menarik perhatian.

    Jika pengarah menambah baik babak mati, mungkin ia dapat mengembalikan perasaan teruja penonton. Apa yang boleh disimpulkan pengarah seakan terkejar-kejar menyiapkan karya ini. Sebagai contoh, babak watak dikelar leher dan selepas itu tiba-tiba sahaja tiada kesan di leher mangsa.

    Selain konti, skrip dan lakon layar pun ada banyak kelemahan. Reaksi karakter terlalu mudah dikesan penonton serta klise. Percubaan pengarah untuk memberi kejutan melalui babak-babak ‘twist and turns’ nampaknya tidak berjaya. Namun demikian, sekiranya penonton tempatan tidak kesah dengan kelemahan teknikal, mungkin karya ini boleh dijadikan pilihan terakhir di pawagam.

    • FILEM: Truth or Dare
    • ARAHAN: Jeff Wadlow
    • PELAKON: Lucy Hale, Tyler Posey dan Violett Beane
    • GENRE: Seram
    • TAYANGAN: 3 Mei 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Klise Awal Hingga Akhir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top