My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 1 May 2018

    La Liga Milik Barca




    Barcelona mengharungi kempen yang hampir sempurna selepas mengesahkan kejayaan merampas semula kejuaraan La Liga musim ini hasil kemenangan 4-2 ke atas Deportivo La Coruna awal pagi semalam. Ia merupakan gelaran La Liga ketiga bagi tempoh empat tahun dan ketujuh dalam 10 tahun serta kejuaraan ke-25 secara keseluruhan buat The Catalans. 

    Lebih menarik, Barcelona sudah sah menggenggam takhta tersebut meskipun saingan musim ini masih berbaki empat perlawanan lagi, malah mereka mengekalkan rekod tanpa kalah ketika ini. 

    Skuad bimbingan Ernesto Valverde itu mencatatkan 26 kemenangan dan lapan keputusan seri pada semua 34 perlawanan setakat ini. Bintang Barcelona, Lionel Messi yang meledak hatrik ke atas Deportivo awal pagi semalam mengakui bukan mudah untuk merampas semula gelaran tersebut dan pada masa sama cuba menamatkan kempen musim ini tanpa kalah.

    “Kami jauh lebih bagus berbanding pencabar-pencabar lain musim ini. Menjulang kejuaraan liga tanpa kalah adalah satu pencapaian yang cukup menakjubkan. Sekarang ada empat perlawanan lagi untuk memastikan ia tercapai,” kata­nya.

    Selain kejuaraan La Liga, The Catalans sudah memenangi Piala Raja Sepanyol musim ini, sekali gus menyaksikan mereka berjaya mempertahankan gelaran itu bagi empat tahun berturut-turut. Satu-satunya kekecewaan Barcelona musim ini adalah tersingkir pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas mengejut kepada AS Roma.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: La Liga Milik Barca Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top