My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 1 May 2018

    Pelakon Porno Saman Trump



    AKTRES filem porno, Stormy Daniels semalam menyaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana menyebar fitnah. Daniel berkata, Trump menipu di Twitter mengatakan dakwaan bahawa dirinya diugut jika bercerita mengenai hubungan seksual mereka adalah cerita karut.

    Tuntutan di mahkamah persekutuan di Manhattan itu memburukkan lagi pertikaian di antara Daniels dengan Trump dan peguamnya, Michael Cohen, yang membayar aktres itu AS$130,000 (RM510,627) sebelum pilihan raya presiden AS 2016 untuk tidak bercakap mengenai dakwaan hubungan sulit sedekad lalu itu.

    Setakat ini, peguam mahupun Rumah Putih masih gagal dihubungi untuk mengulas lanjut. Cohen tidak dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah yang cuba mendapatkan ganti rugi pampasan dan hukuman, sebaliknya berdepan tuntutan fitnah berasingan oleh Daniels.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelakon Porno Saman Trump Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top