My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 1 May 2018

    Penyebar Fitnah Dipenjara, Denda



    Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM10,000 ke atas lelaki Yemen yang menyebarkan be­rita palsu mengenai kelewatan polis bertindak berhubung kes pembunuhan imam Palestin, Dr. Fadi M.R Albatsh dalam kejadian di Setapak pada 21 April lalu. 

    Hakim Zaman Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Salah Salem Saleh Sulaiman, 46, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya menerusi jurubahasa mahkamah.

    Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh dia ditangkap pada 23 April lalu dan penjara sebulan lagi jika dia gagal membayar denda. Tertuduh tidak membayar denda itu. Ini bermakna tertuduh dikenakan hukuman penjara sebulan lagi.

    Salah Salem yang mempunyai taraf warganegara Denmark dan bekerja sebagai penjaga kuda dihantar ke Penjara Kajang, Selangor bagi menjalani hukuman tersebut.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Yemen didakwa dengan niat jahat menerbitkan berita palsu menerusi rakaman klip video yang dimuat naik di akaun YouTube bertajuk ‘Pembunuhan Sheikh Al Ghazawi Fadi Al Batsy di Kuala Lumpur, cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik wakil’.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penyebar Fitnah Dipenjara, Denda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top