Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di Jalan Keningau-Tambunan Kampung Nambayan, Tambunan malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 malam itu, penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi. Bagaimanapun, maklumat mengenai kedua-dua mangsa masih belum diperoleh.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, seramai lapan anggota dan dua buah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.59 malam
"Setibanya di sana kami mendapati dua lelaki cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya hari ini. Operasi tamat pada pukul 8.30 malam
0 comments:
Post a Comment