My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 1 May 2018

    Suami Isteri Direman Enam Hari Miliki Dadah



    Sepasang suami isteri direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan selepas didapati memiliki dadah yang disimpan di rumahnya di Taman Damai, Jalan Limpaki di sini semalam. 

    Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pegawai Pentadbir Sarawak, Racha Balang di Mahkamah Limbang di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan, Mohd. Bukhori Saffiai berkata, pasangan berusia 32 dan 33 tahun itu yang merupakan penjawat awam ditahan selepas kediaman mereka diserbu polis pada pukul 1.55 petang.

    "Hasil pemeriksaan di dapur rumah itu menemui satu plastik hitam yang mengandungi 15 peket plastik lut sinar pelbagai saiz dan 21 tiub straw berisi ketulan kristal disyaki syabu.

    "Polis kemudian merampas semua syabu tersebut yang dianggarkan seberat 37.17 gram membabitkan nilai sebanyak RM5,550," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Tambahnya, hasil ujian air kencing kedua-dua suspek bagaimanapun negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suami Isteri Direman Enam Hari Miliki Dadah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top