My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 4 May 2018

    Penyumberan Luar RM17.5 Bilion



    Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) membuat penyumberan luar seba­nyak RM17.5 bilion kepada Pengurus Dana Luar Antarabangsa (EFM) sehingga 31 Disember 2017, naik 19.6 peratus berbanding RM14.6 bilion pada 2016. 

    KWAP menerusi satu ke­nyataan berkata, peruntuk­an yang dilaburkan dalam instrumen pendapatan tetap dan ekuiti itu mewakili kira-kira 12.42 peratus daripada jumlah aset pelaburan sebanyak RM140.80 bilion.

    “Pengurus portfolio domestik mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 18.1 peratus sejak sepuluh tahun lepas, manakala EFM antarabangsa mencatatkan CAGR sebanyak 26.6 peratus setahun dari 2011 hingga 2017,” katanya di sini semalam.

    Sementara itu, Pengerusi KWAP, Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata, tindakan memanfaatkan EFM menyediakan dana itu ke­upayaan dan peluang yang lebih luas dan inovatif. “Seiring dengan perkembangan, KWAP akan terus menyokong industri pengurusan dana dengan memper­untukkan mandat utama strategik bagi mening­katkan pulangan.

    “EFM boleh mengharap­kan KWAP untuk terus meningkatkan mandat, pada masa yang sama menambah baik dasar untuk memberi insentif kepada EFM yang berprestasi baik, sebagai sebahagian daripada strategi mempelbagaikan pelaburan kami,” katanya.

    KWAP baru-baru ini mengiktiraf pengurus dana yang memperoleh pulangan diselaras risiko jangka panjang dan menjadi pengurus bertanggungjawab untuk pelaburan lestari pada anugerah EFM 2018 KWAP.

    Kategori anugerah yang terbabit termasuk Ekuiti Konvensional Domestik, Ekuiti Syariah Domestik, Ekuiti Ekuiti ESG Domestik, Ekuiti Modal Kecil Domestik dan Ekuiti Antarabangsa bagi mandat ekuiti dan Pendapatan Tetap Domestik, Sukuk Domestik dan Pendapatan Tetap Antarabangsa untuk mandat pendapatan tetap.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penyumberan Luar RM17.5 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top