My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 6 May 2018

    'Upah RM300 Tak Berbaloi, Bro'



    TINDAKAN nekad lelaki merempuh anggota polis untuk melarikan diri gagal apabila dia berjaya ditahan bersama beberapa peket dadah di sebuah hentian bas hadapan sebuah pusat beli belah di Puchong, Khamis lalu. 

    Dalam kejadian pada 10 malam, suspek, 25, ditahan di kawasan berkenaan ketika dipercayai mahu menghantar bekalan dadah. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, suspek ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang membuat pemantauan di kawasan berkenaan.

    “Suspek yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dikatakan memberhentikan kenderaannya di hentian bas perkenaan. Anggota polis yang curiga dengan lelaki terbabit menghampirinya untuk membuat pemeriksaan, namun suspek melawan dengan merempuh anggota polis dalam usaha melarikan diri hingga menyebabkan berlaku pergelutan.

    “Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan oleh anggota polis sebelum dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Ismadi berkata, hasil pemeriksaan terhadap motosikal ditunggang lelaki itu menemui beberapa peket kecil dadah jenis heroin dan syabu di dalam bakul motosikal terbabit. “Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku bertindak sebagai penghantar bekalan dadah di sekitar kawasan Puchong dengan upah kira-kira RM300 bagi setiap penghantaran.

    “Lelaki itu yang turut positif dadah jenis methaphetamin ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Upah RM300 Tak Berbaloi, Bro' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top