My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 15 February 2016

    Penyeludup Rokok Ditangkap



    TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) terpaksa melalui adegan kejar-mengejar selama 18 minit sebelum berjaya memintas sebuah bot laju membawa 6,100 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM30,500 yang cuba diseludup masuk ke daerah ini.

     Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam Sabtu di kawasan Perairan Ice Box itu, bot laju dalam keadaan mencurigakan berkenaan dipercayai dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia telah dikesan sepasukan anggota PPM yang sedang menjalankan tugas Op Paradise.

     Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun dalam kenyataan berkata bot berkenaan dipercayai dikemudi seorang juragan bersama seorang awak-awak yang telah nekad terjun ke laut bagi mengelak ditangkap. Menurutnya, bot ronda PPM telah menghampiri dan mengarahkan bot tersebut berhenti tetapi enggan dan terus memecut dengan laju dan berlaku adegan kejar-mengejar sebelum berjaya dipintas dengan terdapat pergeseran antara kedua-dua bot.
     ”Ketika pergeseran berlaku kelihatan dua suspek telah terjun ke laut dan berenang meninggalkan bot menuju ke daratan dan gagal dikesan dengan bot PPM tidak dapat menghampiri suspek yang melarikan diri kerana kawasan cetek dan berisiko mendatangkan kerosakan pada enjin bot,” katanya.

     Pemeriksaan terhadap bot laju berkenaan yang karam, pihak PPM mendapati terdapat beberapa kotak timbul di atas permukaan laut dengan hasil pemeriksaan lanjut mendapati pelbagai jenama rokok didalamnya. Antara jenama rokok itu adalah Astro Merah (1000 bungkus), Kretek LA Hijau (1000),

    Kretek LA Merah (600), Astro Hijau (500) dan Premium Gold (3000). Mohamad berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kastam Seksyen 135 (1)(e) 1967 dengan PPM akan terus komited menjalankan tugas penguatkuasaan menjaga perairan undang-undang perairan negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penyeludup Rokok Ditangkap Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top