My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 September 2016

    7 Gajah Berkubur Di Tapak Kuari



    Tujuh daripada sembilan ekor gajah yang dipercayai mahu be­rendam ditemui mati ter­perangkap dalam kolam berlumpur bekas tapak kuari di Rinukut berdekatan sebuah kawasan perusahaan kayu balak di Kem Pembalakan Berkat Saga di sini Sabtu lalu. 

    Semasa ditemui pada pukul 2 petang, lima ekor gajah sudah mati manakala dua ekor lagi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Dua ekor gajah yang dalam keadaan tenat itu terpaksa melalui proses eutanasia iaitu dimatikan kerana haiwan itu terlalu lemah, buta dan badan kekurangan air. 

    Bagaimanapun, dua lagi ekor gajah yang turut terperangkap di kawasan berlumpur itu berjaya diselamatkan dan dilepaskan semula ke dalam hutan. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, maklumat mengenai kejadian tersebut diperoleh dari­pada orang awam pada 10 September lalu mengenai sekumpulan gajah yang tidak dapat keluar dari kolam berlumpur. 

    Menurut beliau, sekumpulan pegawai dan anggota dari Pejabat Hidupan Liar Tawau dan Unit Penyelamat Hidupan Liar diarah menjalankan misi menyelamat haiwan berkenaan. “Malangnya apabila pasukan kami tiba, kami dapati lima daripada sembilan ekor gajah yang terperangkap sudah mati, dua lagi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala dua lagi masih bertenaga,” kata beliau di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 7 Gajah Berkubur Di Tapak Kuari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top