My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 September 2016

    Bapa Syaitan



    Seorang bapa tiri dijatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam apabila didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun pada 2013.

    Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 36 tahun, selepas pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh. Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 10 Julai 2013.

    Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun 9 bulan yang juga anak tirinya pada waktu malam pada Disember 2013. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol individu sama yang ketika itu berusia 12 tahun empat bulan antara waktu malam hingga pagi pada 9 hingga 10 Julai 2014.

    Bagi perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan tertuduh di rumah di Duyong, di sini.

    Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu hukuman penjara berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap serta serentak. Katanya, tertuduh sudah bercerai dengan isteri keduanya yang juga ibu mangsa selain tuduhan itu kesalahan pertama dilakukan anak guamnya.

    Bagaimanapun, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakannya memberi kesan jangka panjang kepada mangsa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bapa Syaitan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top