Bekas Presiden Israel Shimon Peres berada dalam keadaan kritikal semalam selepas diserang strok dan ditempatkan di unit rawatan rapi. Peres, 93, mengalami strok kelmarin.
“Peres melalui malam ini (semalam) tanpa sebarang insiden lain,” kata pengarah Pusat Perubatan Sheba di Tel HaShomer, Yitzhak Kreiss kepada pemberita. Kreiss menyifatkan keadaan Peres sebagai kritikal tetapi stabil.

Kemuncak kerjayanya bermula pada 1994 apabila Perez dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan bersama-sama bekas Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin dan bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat kerana peranannya dalam perjanjian Oslo bersama Palestin.
Doktor peribadi dan menantu Peres, Raphy Walden berkata, peluang untuk bekas presiden itu selamat adalah ‘cukup baik”. Peres katanya, tiada ancaman kesihatan lain setakat ini.
0 comments:
Post a Comment