Namun begitu, dua tindakan beliau sejak akhir-akhir ini agak sedikit memeranjatkan. Beliau secara terbuka meminta maaf kepada waris Kesultanan Melayu Johor diatas tindakan beliau yang telah melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu serta mempergunakan kedudukan Almarhum Tuanku Sultan Iskandar demi untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya pada awal tahun 1990 an.

Timbul persoalan, adakah ini sahaja kesalahan yang dilakukan Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya? Adakah mungkin, Mahathir akan bertindak diluar kebiasaannya dengan memperakui segala kesalahannya dan seterusnya meminta maaf dengan apa yang telah dilakukannya?
Sebenarnya, bukan hanya kepada waris Almarhum Sultan Iskandar sahaja yang perlu Mahathir pohon kemaafan. Beliau sepatutnya meminta maaf kepada waris Allahyarham Tun Hussien Onn yang beliau "gulingkan" secara senyap bagi membolehkan beliau menjawat jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia ke empat.
Peranan yang dimainkan beliau dibelakang tabir sehingga menyaksikan Tun Hussien terpaksa berundur dari Presiden UMNO dahulu atas sebab kesihatan, bukanlah satu rahsia yang boleh disimpan rapi. Begitu juga dengan apa yang beliau lakukan terhadap Tun Musa Hitam yang disingkirkan dari jawatannya, hanya kerana mahu melihat, Tun Ghaffar Baba menjadi timbalannya.
Bagaimana pula dengan waris Kampung Memali di Baling, Kedah yang telah memperlihatkan, 14 nyawa melayang hanya disebabkan pertuduhan yang sehingga kini masih gagal dikemukakan oleh Mahathir? Kesemua kesalahan berkenaan diletakkan dibahu Tun Musa Hitam sehingga beliau dipandang sebagai komandan yang menyebabkan insiden Memali. Dalam hal ini, Mahathir sekali lagi "cuci tangan" kerana Tun Musa Hitam telah dikambing hitamkan oleh Mahathir.
Adakah Mahathir turut sama akan meminta maaf kepada waris Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah atas permainan politik kotor yang telah beliau lakukan? Seperti sedia maklum, Tun Ghaffar disingkirkan setelah Mahathir mahu melihat Anwar menjadi orang nombor duanya walaupun pada ketika itu, Tun Ghaffar adalah ahli politik paling senior dalam UMNO.
Bagi Ku Li pula, beliau dijadikan musuh utama UMNO pada persaingan merebut jawatan Presiden UMNO sehingga mengakibatkan imej beliau selaku ahli politik vateran, dicalarkan oleh Mahathir. Persaingan inilah yang telah membawa kepada perpecahan UMNO sehingga mewujudkan Semangat 46 pada ketika itu.
Bagaimana pula dengan Ahli UMNO? Adakah Mahathir akan meminta maaf secara terbuka terhadap tindak tanduknya yang telah membawa pengharaman UMNO pada tahun 1988? Pada ketika itu, UMNO berada dalam keadaan kucar kacir hanya disebabkan kemahuan Mahathir untuk kekal menjadi Presiden parti itu.

Bagi kebanyakan bekas pekerja Perwaja Steel, antara momen yang sukar untuk dikikis dari ingatan ialah bagaimana mereka terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka setelah Perwaja Steel diisytiharkan muflis. Adakah Mahathir mahu memperakui, keputusan bersama dengan sekutu rapatnya, Tan Sri Eric Chia yang telah membawa kepada kemuflisan Perwaja Steel sehingga menyaksikan begitu ramai tenaga pekerja tempatan menjadi penganggur dalam sekelip mata?
Paling menarik untuk disaksikan, adakah Mahathir akan membuat kenyataan terbuka, memohon maaf kepada Anwar hanya disebabkan politik? Dari tindak tanduk Mahathir, perkara berkenaan bukan satu yang mustahil kerana Mahathir akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat memberi keuntungan politik kepadanya.

Inilah Mahathir, seorang bekas Perdana Menteri yang amat gemar mencetuskan perseteruan dan amat sukar memperakui kesalahannya. Bayangkan, beliau mengambil masa lebih 20 tahun untuk memohon maaf kepada Kesultanan Melayu Johor atas ketelanjurannya. Begitu juga dalam kes Anwar, beliau mengambil masa 18 tahun untuk bersemuka dengan Anwar, anak didiknya satu ketika dahulu.
0 comments:
Post a Comment