Perlaksanaan sistem bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) keatas kenderaan asing dari Singapura ke negara ini akan terus dikuatkuasakan selepas selesai proses percubaannya. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, proses percubaan VEP yang dijalankan sejak Julai lalu itu dijangka selesai pada hujung bulan ini.
Beliau berkata, pihak kementerian mahu memastikan proses percubaan sistem ini tersedia dan apabila kemajuannya memuaskan, maka, pihak kementerian akan mengumumkan tarikh perlaksanaan sepenuhnya. Ujar beliau, pihak kementerian mahu semua proses berjalan dengan lancar supaya tidak wujud apa-apa masalah pada masa hadapan selepas ianya dilaksanakan sepenuhnya kelak.

Untuk rekod, pada Ogos 2014, kerajaan Singapura telah menguatkuasakan kenaikan bayaran VEP ke negara itu daripada RM 51 (S$20) kepada RM 90 (S$35) sehari. Manakala Permit Kenderaan Barangan (GVP) pula, ianya telah dinaikkan daripada RM 103 (S$40) berbanding RM 26 (S$10) bagi tempoh sebulan.
Sebelum ini, kerajaan negeri Johor telah mencadangkan RM 20 dikenakan sebagai caj kemasukan kenderaan Singapura ke Johor Bahru menerusi Tambak Johor dan Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
0 comments:
Post a Comment