My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 September 2016

    Saya Menyesal Jadi Wakil Rakyat



    Kebiasaannya, bagi ahli politik, antara jawatan yang paling diidamkan adalah menjadi Wakil Rakyat atau Ahli Parlimen. Bagi mereka, inilah pencapaian terhebat mereka sepanjang berkecimpung dalam bidang politik. Malah, ada dikalangan rakyat sendiri turut tidak terkecuali mengidamkan jawatan ini. Alasannya, dapat berkhidmat secara terus kepada rakyat.

    Namun begitu, bukan semua orang mempunyai impian yang sama. Masih ada yang akan menganggap jawatan ini sebagai satu bebanan yang paling dibenci mereka. Inilah yang berlaku terhadap Glyve Nagell, seorang penyanyi kumpulan heavy metal, Darkthrone. Dia dilaporkan cukup menyesal apabila dipilih menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kolbotn, Norway.

    Semuanya bermula apabila seorang ahli politik menghubunginya dan bertanya samada dia mahu bertanding dalam pilihan raya tempatan ataupun tidak sebagai calon gantian. Merasakan ianya sebagai hanya satu panggilan mainan, dia pantas bersetuju.

    Dengan menggunakan sekeping poster, "Tolong jangan undi saya" dan bergambar dengan seekor kucing, tanpa disangka-sangka, posternya menjadi viral dilaman sosial sehingga menyaksikan dia berjaya memenangi pilihan raya berkenaan dengan majoriti besar.

    Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang pada pilihan raya berkenaan, ulasan pertama yang dibuatnya adalah, saya tidak gembira dengan keputusan ini dan saya cukup-cukup menyesal dilantik sebagai wakil rakyat sedangkan saya langsung tidak berminat dengan politik atau mempunyai kreteria sebagai pemimpin.

    Dia yang kini terpaksa menggalas tugas sebagai wakil rakyat kepada kira-kira 9,000 orang penduduk memberitahu, menjadi wakil rakyat sebenarnya cukup membosankan. Manakan tidak, dia tidak dapat bergerak dengan lebih bebas bersama anggota kumpulan Darkthrone dan lebih melucukan, bayaran yang diterimanya sebagai wakil rakyat, jauh lebih rendah dari apa yang diperolehinya dalam bidang muzik.

    Nigell, kiri
    Lebih malang lagi, menurut undang-undang Norway, seseorang yang dipilih untuk menjadi wakil rakyat, harus menghabiskan penggal 4 tahunnya tanpa boleh meletakkan jawatan. Kini, satu-satunya jalan keluar buat Glyve Nigell adalah, kematian, sesuatu yang paling dielakkan olehnya.

    Paling menarik untuk disaksikan, bagaimana Nigell akan tampil pada khalayak nanti. Ini kerana, sepanjang hidupnya dalam arena muzik heavy metal, dia dikenali sebagai seorang yang berwajah menakutkan serta sering tampil dengan imej rocknya dengan gaya rambut panjang. Adakah dia terpaksa mengorbankan rambut dan imejnya untuk 4 tahun yang akan datang?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saya Menyesal Jadi Wakil Rakyat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top