Tindakan pantas seorang wanita menggagalkan cubaan suaminya untuk menggantung diri di kediaman mereka di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, semalam.
Insiden itu dikatakan berlaku sekitar jam 8 pagi apabila wanita berkenaan terdengar bunyi bising di dalam bilik air lalu melakukan pemeriksaan. Dia dikatakan sempat memotong tali di leher suaminya menggunakan pisau.
Lelaki berusia 45 tahun itu yang dipercayai mengalami kemurungan, kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Choo Yin Kok mengesahkan insiden itu ketika dihubungi semalam.
0 comments:
Post a Comment