Kementerian Pendidikan meminta pejabat pendidikan daerah, pengetua, guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah agar membentuk pasukan pemantau bagi meninjau perkembangan kesihatan dan mengambil langkah pencegahan mengawal penularan virus Zika.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pasukan pemantau itu perlu dibentuk sebagai langkah proaktif memantau kesihatan guru dan pelajar selain menjaga kebersihan sekolah bagi mencegah virus Zika.
“Ibu bapa juga diminta untuk memantau perkembangan kesihatan anak-anak mereka. Jika anak-anak mengalami simptom virus Zika, bertindak segera dengan merujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan,” katanya selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Penampang di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment